
Pernahkah anda rasa hilang keyakinan diri bila bertemu seseorang hanya kerana anda terlupa nak pakai wangian...
Terasa tidak selesa dan merasakan anda tidak sempurna pada saat tersebut. Jika jawapan anda YA! maka anda berada ditempat yang betul.

YA! Anda tidak perlu bimbang kerana kami ada penyelesaian yang sungguh mudah. Jika dahulu mungkin agar sukar kalau kita nak bawa minyak wangi ke mana-mana. Maklumlah dengan saiz yang besar dan berat, mungkin kita akan dinilai buang tabiat oleh rakan-rakan mahupun orang tersayang.

Memperkenalkan kepada anda, Minyak Wangi Poket atau Perfume Pocket. Dengan ciri-cirinya yang kompak, amat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Kini anda ... :
- Tidak akan terlupa lagi hendak bawa minyak wangi. Hanya simpan di dalam beg yang anda selalu gunakan
- Tidak perlu bawa botol minyak wangi yang super besar. Perfume Pocket didatangkan dengan saiz mini berkapasiti 18ml. Sungguh ringan dan menjimatkan ruang beg anda
- Tidak perlu risau jika terlupa pakai minyak wangi, sembur sahaja bila anda perlukan
- Tidak perlu habiskan beribu ringgit untuk mendapatkan minyak wangi. Harga Perfume Pocket memang amat murah dan mampu dimiliki sesiapa sahaja. Kini anda boleh bergaya dengan wangian Perfume Pocket walaupun anda tiada bajet yang besar

6 Tips Menggunakan Minyak Wangi Agar Kekal Harum
- Minyak wangi yang anda guna tahan lebih lama wangiannya jika di sembur pada kulit di bahagian bawah pakaian
- Sembur di kawasan badan yang mempunyai aliran darah yang baik, misalnya di belakang telinga dan nadi sendi tangan. Tetapi jangan digosok, biarkan ianya kering sendiri untuk mengekalkan haruman
- Elakkan menyembur minyak wangi terus ke pakaian anda. Ini hanya akan merosakkan pakaian anda. Sebaiknya anda sembur ke udara dan biarkan harumannya mengenai pakaian anda
- Sembur minyak wangi ke atas papan seterika. Kepanasan yang terhasil daripada seterika akan menyebarkan haruman ke seluruh pakaian anda
- Gunakan minyak wangi bersama losyen badan. Ianya akan membantu mengekalkan haruman tahan lebih lama pada kulit
- Sentiasa bawa minyak wangi bersama. Dengan adanya minyak wangi bersaiz mini atau pocket, anda boleh bawa ke mana sahaja. Sedia digunakan bila anda memerlukan
Tips Mengekalkan Haruman Minyak Wangi Anda
Kaedah menyimpan minyak wangi yang baik akan mengekalkan harumannya lebih tahan lama. Ada beberapa panduan yang anda boleh amalkan :
- Gunakan hanya satu jenis haruman pada satu-satu masa
- Elakkan menyimpan minyak wangi anda di tempat bersuhu panas
- Elakkan botol minyak wangi dari terkena pancaran terus cahaya matahari
- Hindari tabiat menyimpan minyak wangi di dalam kereta anda
- Jangan simpan minyak wangi anda di dalam peti sejuk
Terdapat 2 jenis Perfume Pocket yang anda boleh dapatkan dari kami :
Eau De Parfum (EDP)
EDP mengandungi purata 8%-16% daripada pati wangian. Wangiannya tahan lebih lama sehingga 3-5 jam.
Eau De Toilette (EDT)
EDT adalah minyak wangi yang paling lazim dijual, mengandungi purata 5%-8% daripada pati wangian. Wangiannya tahan sehingga 2-4 jam.

- Al Rehab Perfume Pocket Spray EDP 18ml merupakan minyak wangi terkemuka dari Timur Tengah. Mempunyai haruman yang manis dengan aroma semulajadi.
- Semburan Al Rehab Perfume Pocket didatangkan dengan pembungkusan kompak yang nipis, rata dan berbentuk segi empat tepat yang boleh dimuatkan ke dalam poket baju dan sesuai disimpan dalam beg tangan anda.
- Al-Rehab merupakan minyak wangi Tanpa Alkohol dan merupakan CONCENTRATED PERFUME OIL yang membuatkan setiap semburan harumannya tahan lebih lama.
- Al Rehab Perfume Pocket sangat ideal dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang, hadiah perkahwinan, dan hadiah untuk sambutan majlis tertentu.
- Haruman minyak wangi Al Rehab ini juga menghasilkan sensasi yang membuatkan anda merasa begitu istimewa.
- Wangian Al Rehab diperbuat daripada pati semulajadi berharga seperti Oud, Rose Taif, kasturi, gaharu dan rempah ratus terpilih.
- Minyak wangi Al Rehab terkenal seluruh dunia kerana berkualiti tinggi dan wangian yang tahan lebih lama, haruman yang digemari baik lelaki dan wanita.
- Terdapat pelbagai pilihan haruman antaranya: Klik untuk lihat Gambar Produk
HANYA RM18 (18ml)

- Lisive Perfume Pocket Spray EDT 18ml mempunyai haruman yang segar dan modern.
- Semburan Lisive Perfume Pocket didatangkan dengan pembungkusan kompak yang nipis, rata dan berbentuk segi empat tepat yang boleh dimuatkan ke dalam poket baju dan sesuai disimpan dalam beg tangan anda.
- Lisive Perfume Pocket sangat ideal dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang, hadiah perkahwinan, dan hadiah untuk sambutan majlis tertentu.
- Haruman minyak wangi Lisive ini menghasilkan sensasi yang membuatkan anda merasa begitu istimewa di kalangan rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang bersama anda.
- Terdapat pelbagai pilihan haruman antaranya: Klik untuk lihat Gambar Produk
HANYA RM15 (18ml)

Ramai dikalangan kita salah sangka kerana alkohol yang terkandung di dalam pembuatan minyak wangi, bukanlah alkohol yang sama di dalam arak. Berikut adalah penjelasan daripada Ustaz Zaharuddin di dalam website beliau :
Soalan : Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat
Jawapan : Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera! dan bukannya mabuk. Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang.
